Tuesday 11 September 2012

[ أَقْسَامُ الْعَامِّ

[ أَقْسَامُ الْعَامِّ 

بسم الله الرحمن الرحيم 

[ أَقْسَامُ الْعَامِّ ] . 
Bahagian2 lafaz Umum.
الْعَامُّ عَلَى ثَلَاثَةِ أَقْسَامٍ : 
Lafaz umum terbahagi kepada tiga bahagian.

الْأَوَّلُ : الْبَاقِي عَلَى عُمُومِهِ : قَالَ الْقَاضِي جَلَالُ الدِّينِ الْبُلْقِينِيُّ وَمِثَالُهُ عَزِيزٌ ، إِذْ مَا مِنْ عَامٍّ إِلَّا وَيُتَخَيَّلُ فِيهِ التَّخْصِيصُ ، فَقَوْلُهُ يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ [ الْحَجِّ : 1 ] . قَدْ يُخَصُّ مِنْهُ غَيْرُ الْمُكَلَّفِ . وَ حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ [ الْمَائِدَةِ : 3 ] . خُصَّ مِنْهَا حَالَةُ الِاضْطِرَارِ ، وَمَيْتَةُ السَّمَكِ وَالْجَرَادِ . ( وَحَرَّمَ الرِّبَا ) [ الْبَقَرَةِ : 275 ] خُصَّ مِنْهُ الْعَرَايَا . 
Pertamanya: kekal atas umumnya. Berkata qadhi Jalalluddin Al Bulqini dan mithalnya sangat banyak. Kerana tidak ada drpd umum melainkan dan di khayalkan padanya ada takhsis.
Maka firman Allah taala: " wahai sekelian manusia takut sekelian kamu akan tuhan kamu" surah al Haj ayat 1. Sungguhnya di takhsiskan drpdnya akan selain mukallaf dan 
firman Allah taala: " diharamkan atas kamu Bangkai" surah al Maidah ayat 3. Ditakhsiskan drpdnya pada kelakuan idthirar/suntuk dan bangkai ikan dan belalang. 
Dan firman Allah taala: " diharamkan Riba" ayat 275 surah al Baqarah. Di takhsiskan drpdnya jual araya( jual tamar muda dengan tamar masak )

وَذَكَرَ الزَّرْكَشِيُّ فِي " الْبُرْهَانِ " أَنَّهُ كَثِيرٌ فِي الْقُرْآنِ ، وَأَوْرَدَ مِنْهُ : وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ [ الْمَائِدَةِ : 97 ] . إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ النَّاسَ شَيْئًا [ يُونُسَ : 44 ] . وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا [ الْكَهْفِ : 49 ] . وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ [ فَاطِرٍ : 11 ] . اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ قَرَارًا [ غَافِرٍ : 64 ] . 
Dan menyebut oleh Imam Zarkasi dalam kitab "Burhan" bahawa sanya banyak dalam quran. Dan mendatang ia setengah drpdnya. 
Firman Allah taala: "dan bahawa Allah taala amat mengetahui ia dengan tiap2 suatu". Surah al Maidah ayat 97. 
Dan firman Allah:  "bahawa Allah tidak menzalimi ia akan manusia sedikitpun" surah yunus ayat 44. 
Dan Firman Allah taala: dan tidak menzalimi oleh tuhan engkau( Muhammad saw) akan sesaorang pun" surah al Kahfi ayat 49. 
Dan firman Allah taala: " dan Allahlah yang mencipta kamu drpd tanah kemudian drpd nutfah" surah Fatir ayat 11. 
Dan Firman Allah: " Allah ialah tuhan yang menjadikan bagi kamu bumi sebagai tempat tetap" surah Ghafir ayat 64.

قُلْتُ : هَذِهِ الْآيَاتُ كُلُّهَا فِي غَيْرِ الْأَحْكَامِ الْفَرْعِيَّةِ ، فَالظَّاهِرُ أَنَّ مُرَادَ الْبُلْقِينِيِّ أَنَّهُ عَزِيزٌ فِي الْأَحْكَامِ الْفَرْعِيَّةِ . وَقَدِ اسْتَخْرَجْتُ مِنَ الْقُرْآنِ بَعْدَ الْفِكْرِ آيَةً فِيهَا ، وَهِيَ قَوْلُهُ : حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ [ النِّسَاءِ : 23 ] . الْآيَةَ ; فَإِنَّهُ لَا خُصُوصَ فِيهَا . 
Aku( imam Suyuti ) berkata: ini ayat sekeliannya pada bukan ahkam fareiah/cabang, maka yang zahirnya bahawa murad/ kehendak imam Bulqini bahawa ianya banyak itu thabit pada ahkam Fareiah/cabang.
Dan sesungguhnya telah aku tuntut keluar/bawak keluar drpd alquran kemudian drpd fikirakan satu ayat padanya  dan iaitu 
firman Allah taala: " di haramkan atas kamu ibu2 kamu". Surah an Nisa ayat 23. Maka bahawa sanya tiada takhsis padanya.

الثَّانِي : الْعَامُّ الْمُرَادُ بِهِ الْمَخْصُوصُ . 
Yang kedua : lafaz Umum yang di kehendaki dengan dia makhsus.

الثَّالِثُ : الْعَامُّ الْمَخْصُوصُ . 
Yang ketiga: umum makhsus.
وَلِلنَّاسِ بَيْنَهُمَا فُرُوقٌ : 
Dan thabit bagi manusia/ulama antara mereka itu beberpa cabang/berbeza pendapat.

أَنَّ الْأَوَّلَ : لَمْ يُرَدْ شُمُولُهُ لِجَمِيعِ الْأَفْرَادِ ، لَا مِنْ جِهَةِ تَنَاوُلِ اللَّفْظِ ، وَلَا مِنْ جِهَةِ الْحُكْمِ ; بَلْ هُوَ ذُو أَفْرَادٍ اسْتُعْمِلَ فِي فَرْدٍ مِنْهَا . 
Pertama: tidak datang oleh meratainya bagi sekelian afrad. Tidak drpd jihat capaian lafaz dan tidak drpd jihat hukum bahkan ia yang mempunyai afrad yang di tuntut pakai pada fard/ketunggalan drpdnya.

وَالثَّانِي : أُرِيدَ عُمُومُهُ وَشُمُولُهُ لِجَمِيعِ الْأَفْرَادِ ، مِنْ جِهَةِ تَنَاوُلِ اللَّفْظِ لَهَا ، لَا مِنْ جِهَةِ الْحُكْمِ . 
Yang keduanya: dikehendaki akan umumnya dan meratainya bagi sekelian Afrad, drpd jihat tercapai lafaz baginya yang tidak drpd jihat hukum.

وَمِنْهَا : أَنَّ الْأَوَّلَ مَجَازٌ قَطْعًا ، لِنَقْلِ اللَّفْظِ عَنْ مَوْضُوعِهِ الْأَصْلِيِّ . بِخِلَافِ الثَّانِي ; فَإِنَّ فِيهِ مَذَاهِبَ أَصَحُّهَا أَنَّهُ حَقِيقَةٌ ، وَعَلَيْهِ أَكْثَرُ الشَّافِعِيَّةِ وَكَثِيرٌ مِنَ الْحَنَفِيَّةِ وَجَمِيعُ الْحَنَابِلَةِ ، وَنَقَلَهُ إِمَامُ الْحَرَمَيْنِ عَنْ جَمِيعِ الْفُقَهَاءِ . وَقَالَ الشَّيْخُ أَبُو حَامِدٍ : إِنَّهُ مَذْهَبُ الشَّافِعِيِّ وَأَصْحَابِهِ ، وَصَحَّحَهُ السُّبْكِيُّ ; لِأَنَّ تَنَاوُلَ اللَّفْظِ لِلْبَعْضِ الْبَاقِي بَعْدَ التَّخْصِيصِ كَتَنَاوُلِهِ لَهُ بِلَا تَخْصِيصٍ ، وَذَلِكَ التَّنَاوُلُ حَقِيقِيٌّ اتِّفَاقًا ، فَلْيَكُنْ هَذَا التَّنَاوُلُ حَقِيقِيًّا أَيْضًا . 
Dan setengah drpdnya: bahawa yang pertama iaitu majaz sama sekali, kerana memindahkan lafaz drpd tempatnya yang asal, dengan menyalahi yang kedua maka bahawa ada padanya beberapa mazhab yang asahnya bahawa ianya Hakikat, dan atasnya kebanyakan Shafieyah dan banyak drpd Hanafiyah dan sekelian Hanabilah. Dan telah memindah oleh Imam Haramain drpd sekelian fukaha.
Berkata Sheikh Abu Hamid: bahawa sanya Mazhab As Shafei dan ashabnya dan membilang sahih akan dia oleh imam Subki kerana tercapai lafaz bagi setengahya yang tinggal lagi kemudian drpd takhsis seperti tercapainya baginya dengan ketiadaan takhsis, dan demikian itu capaian ialah hakikat yang di sepakati, maka hendak adalah ini pencapaian iaitu hakikat juga.

وَمِنْهَا : أَنَّ قَرِينَةَ الْأَوَّلِ عَقْلِيَّةٌ ، وَالثَّانِي لَفْظِيَّةٌ . 
Dan setengah drpdnya : bahawa qarinah yang pertama iaitu aqliah dan yang kedua lafziah.

وَمِنْهَا : أَنَّ قَرِينَةَ الْأَوَّلِ لَا تَنْفَكُّ عَنْهُ ، وَقَرِينَةَ الثَّانِي قَدْ تَنْفَكُّ عَنْهُ . 
Dan setengahnya : bahawa karinah yang pertama iaitu tidak terbuka drpdnya dan karinah yang kedua sesungguhnya terbuka drpdnya.

وَمِنْهَا : أَنَّ الْأَوَّلَ يَصِحُّ أَنْ يُرَادَ بِهِ وَاحِدٌ اتِّفَاقًا ، وَفِي الثَّانِي خِلَافٌ . 
Dan setengahnya: bahawa yang pertama itu Sah bahawa dikehendaki dengan dia satu sahaja, atas jalan sepakat ulama. Dan yang kedua ada berlaku khilaf.

وَمِنْ أَمْثِلَةِ الْمُرَادِ بِهِ الْخُصُوصُ : قَوْلُهُ تَعَالَى : الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ [ آلِ عِمْرَانَ : 173 ] . وَالْقَائِلُ وَاحِدٌ : نُعَيْمُ بْنُ مَسْعُودٍ الْأَشْجَعِيُّ أَوْ أَعْرَابِيٌّ مِنْ خُزَاعَةَ ، كَمَا أَخْرَجَهُ ابْنُ مَرْدَوَيْهِ مِنْ حَدِيثِ أَبِي رَافِعٍ لِقِيَامِهِ مَقَامَ كَثِيرٍ فِي تَثْبِيطِ الْمُؤْمِنِينَ عَنْ مُلَاقَاةِ أَبِي سُفْيَانَ . 
dan setengah drpd contoh umum dikehendaki dengan khusus iaitu firman Allah taala: " mereka2 yang berkata bagi sekelian mereka oleh manusia. Bahawa manusia  sesungguhnya telah berhimpun mereka itu bagi kamu maka takut oleh sekelian kamu akan mereka itu". Ali Emran ayat 173. Pada hal orang yang berkata demikian itu iaitu sorang sahaja iaitu Nuaim bin Masuud al asjaei atau ofang arab drpd kabilah Khuzaah seperti mana telah mentakhrij akan akan ini riwayat olej Marduyah drpd hadis Abi Rafie kerana menepatinya pada tempat yang banyak pada membimbangkan alan Orang beriman drpd berjumpa akan Abi Sufyan.

قَالَ الْفَارِسِيُّ : وَمِمَّا يُقَوِّي أَنَّ الْمُرَادَ بِهِ وَاحِدٌ قَوْلُهُ : إِنَّمَا ذَلِكُمُ الشَّيْطَانُ [ آلِ عِمْرَانَ : 175 ] . فَوَقَعَتِ الْإِشَارَةُ بِقَوْلِهِ : ذَلِكَ مَتَاعُ إِلَى وَاحِدٍ بِعَيْنِهِ ، وَلَوْ كَانَ الْمَعْنَى جَمْعًا لَقَالَ : ( إِنَّمَا أُولَئِكُمُ الشَّيْطَانُ ) فَهَذِهِ دَلَالَةٌ ظَاهِرَةٌ فِي اللَّفْظِ . 
Berkata Al Farisi: dan setengah drpd dalil yang menkuatkan makna umum di kehendaki dengan khusus yakni makna sorang iaitu firman Allah taala :  "sesungguhnya Demikian itu ialah Syaithan". Ali emran Ayat 175. Maka menunjuk oleh isyarat dengan katanya kalimah demikian itu iaitu kalimah yang digunakan kepada makna sorang sahaja, dan jikalau adalah makna iaitu jamak/ramai nescaya berkata Allah : sesungguhnya sekelian mereka itu iaitu Shaithan maka ini iaitu dilalah/ petunjuk yang nyata pada lafaz.

وَمِنْهَا قَوْلُهُ تَعَالَى : أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ [ النِّسَاءِ : 54 ] . أَيْ : رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - لِجَمْعِهِ مَا فِي النَّاسِ مِنَ الْخِصَالِ الْحَمِيدَةِ . 
Dan setengah depd Firman Allah taala : " adakah patut dengki sekelian mereka itu akan Manusia" an Nisa ayat 54. Dikehendakikan lafaz Manusia sekalipun makna dia ramai tapi yang dikehendaki dengan seorang sahaja iaitu Nabi kita Muhammad saw, 

digunakan lafaz manusia ganti lafaz Nabi kita kerana menghimpunnya Nabi saw akan barang yang ada dalam diri manusia drpd perangai2 yang baik.

وَمِنْهَا قَوْلُهُ : ثُمَّ أَفِيضُوا مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ [ الْبَقَرَةِ : 199 ] . أَخْرَجَ ابْنُ  جَرِيرٍ مِنْ طَرِيقِ الضَّحَّاكِ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، فِي قَوْلِهِ : مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ قَالَ : إِبْرَاهِيمُ - عَلَيْهِ السَّلَامُ - . 
Dan setengah drpdnya juga Firman Allah Taala: " kemudian melimpah/keluar sekelian mereka itu drpd tempat keluar manusia" al Baqarah ayat 199. Telah mentakhrij oleh Ibnu Jarir drpd jalan riwayat Ad Dhohak drpd ibni Abbas pada firman Allah itu iaitu drpd tempat keluar manusia, berkata ibnu Abbas iaitu Nabi ibrahim seorang alahis salam.

Disisni juga dilihatkan bahawa lafaz manusia yang makna ramai digunakan makna seorang.

وَمِنَ الْغَرِيبِ قِرَاءَةُ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ : ( مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسِي ) قَالَ : فِي " الْمُحْتَسَبِ " : يَعْنِي آدَمَ ، لِقَوْلِهِ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا [ طه : 115 ] . 
Dan setngah drpd yang jarang2 dibaca iaitu bacaan Saed bin Jubair yang membaca dengan bacaan seperti di atas, berkata di dalam kitab Al Muhtasib yakni dikehendakikan dengan lafaz manusia itu iaitu Nabi Adam kerana berdalilkan firman Allah taala: maka lupa ia dan tidak kami dapati baginya kesungguhan" surah Toha ayat 115.

وَمِنْهَا : قَوْلُهُ تَعَالَى : فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ [ آلِ عِمْرَانَ : 39 ] أَيْ : جِبْرِيلُ ، كَمَا فِي قِرَاءَةِ ابْنِ مَسْعُودٍ . 
Dan setengah drpdnya : firman Allah taala : "maka menyeru akan dia oleh malaikah wal hal dianya sedang berdiri sembahyang dalam mihrab" Ali emran ayat 39.
Lafaz Malaikah satu lafaz ramai/ malaikah yang ramai tapi dikehendaki disini seorang iaitu Jibril seperti mana bacaan ibni Masuud ra.

وَأَمَّا الْمَخْصُوصُ : فَأَمْثِلَتُهُ فِي الْقُرْآنِ كَثِيرَةٌ جِدًّا ، وَهُوَ أَكْثَرُ مِنَ الْمَنْسُوخِ ، إِذْ مَا مِنْ عَامٍّ إِلَّا وَقَدْ خُصَّ . 
Dan adapun lafaz takhsis maka contohnya dalam iaitu banyak sungguh dan ianya kebanyakannya drpd ayat yang di nashakhkan, ketana tidak ada drpd umum melainkan dan sesungguhnya telah ditakhsiskan dia.

ثُمَّ الْمُخَصِّصُ لَهُ : إِمَّا مُتَّصِلٌ وَإِمَّا مُنْفَصِلٌ : 
Ada pun mukhasis baginya ada kalanya muttasil/berhubung dan adakalanya munfasil/bercerai.
Berhubung yakni dalam ayat yang sama di datangkan mukhasisnya.
Ada munfasil/bercerai yakni di datangkan mukhasisnya pada ayat yang lain atau di surah yang lain.
Contoh seperti di bawah :

فَالْمُتَّصِلُ : خَمْسَةٌ وَقَعَتْ فِي الْقُرْآنِ : 
Maka mukhasis mittasil/berhubung iaitu ada lima yang berlaku/didapatkan dia dalam al quran.

أَحَدُهَا : الِاسْتِثْنَاءُ : نَحْوَ : وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا [ النُّورِ : 4 - 5 ] . وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ إِلَى قَوْلِهِ : إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ الْآيَةَ [ الشُّعَرَاءِ : 224 - 227 ] . وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا إِلَى قَوْلِهِ : إِلَّا مَنْ تَابَ [ الْفُرْقَانِ : 68 - 70 ] . وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ [ النِّسَاءِ : 24 ] . كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ [ الْقَصَصِ : 88 ] . 
Pertamanya istishna/kecuali.
Seperti firman Allah Taala:  "dan mereka2 yang menuduh merka itu akan orang/perempuan2 yang terpelihara akhlaknya kemudian orang yang menuduh tu tak mampu mendatang mereka itu dengan empat orang saksi  maka sebat oleh mu akan mereka itu sebanyak lapan puluh sebatan dan jangan terima oleh sekelian kamu bagi mereka itu kesaksian selama2nya dan mereka itu sekeliannya iaitu orang2 yang fasik melainkan mereka yang taubat". Surah an Nur ayat 4-5.
Kalimah yang jatuh kemudian drpd lafaz melainkan pada ayat di atas iaitu mereka yang taubat, dinamakan mukhasis bagi umum lafaz sebelumnya.

Firman Allah Taala: " dan ahli2 sihir itu, mengikut mereka itu akan kesesatan, adakah tidak engkau lihat...... Sehingga kepada firman Allah " melainkan mereka2 yang beriman dan beramal saleh.." surah as Syu'ara ayat 224 - 227.
lafaz2 yang ada selepas kalimah melainkan iaitu orang2 beriman dan beramal saleh dinamakan lafaz mukhasis bagi kalimah2 sebelum lafaz melainkan.

Firman Allah taala: " dan barang siapa yang yang memperbuat yang demikian itu nescaya mendapat ia akan dosa, sehingga ayat, melainkan mereka2 yang taubat" surah al Furqan ayat 68-70.

Firman Allah taala: " dan diharamkan berkahwain dengan isteri2 orang kecuali/melainkan hamba sahaya yang kamu miliki" surah an Nisa ayat 24.

Firman Allah taala : " setiap suatu akan binasa melainkan zat Allah" surah al Qasas ayat 88.

الثَّانِي : الْوَصْفُ : نَحْوَ : وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ [ النِّسَاءِ : 23 ] . 
Kedua drpd ayat/ lafaz mukhasis iaitu sifat: seumpama firman Allah : " dan anak2 tiri yang  di dalam pemeliharaan kamu drpd isteri2 kamu yang telah kamu setubuhi mereka itu" surah an Nisa ayat 23.
Ayat " yang di dalam pemeliharaan kamu" dinamakan sifat yang dikatakan mukhasisnya.

الثَّالِثُ : الشَّرْطُ : نَحْوَ : وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًا [ النُّورِ : 33 ] كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ [ الْبَقَرَةِ : 180 ] . 
ketiga iaitu syarat.
seperti firman Allah taala : dan hamba2 yang hendak membuat surat perjanjian kemerdekaan drpd barang yang telah memilik oleh tangan2 kamu maka laksanakanlah perjanjian tersebut jika mengetahui kamu akan kebaikan pada mereka itu" surah an Nur ayat 33.
Jumlah Lafaz " jika mengetahui kamu akan kebaikan pada mereka itu " dinamakan syarat yang dinamakan mukhasis.

Dan firman Allah Taala: di wajibkan atas kamu apabila hadir oleh sesaorang drpd kamu oleh kematian bahawa meninggal ia akan wasiat yang baik" surah al Baqarah ayat 180.
Jumlah lafaz " apabila hadir...." dinamakan mukhasis sebab ianya jumlah syarat.

الرَّابِعُ : الْغَايَةُ : نَحْوَ : قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ إِلَى قَوْلِهِ : حَتَّى يُعْطُوا الْجِزْيَةَ [ التَّوْبَةِ : 29 ] وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ [ الْبَقَرَةِ : 222 ] . وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ [ الْبَقَرَةِ : 196 ] . وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ الْآيَةَ [ الْبَقَرَةِ : 187 ] . 
keempatnya ghayah:
Seperti firman Allah taala: " perangi sekelian kamu akan mereka2 yang tidak beriman dengan Allah dan tidak beriman dengan hari akhirat ..... Sehingga..... Sehingga memberi mereka itu akam jizyah" surah at Taubah ayat 29.
Jumlah ayat " sehingga mereka memberikan jizyah" dinamakan jumlah ghayah termasuk dalam mukhasis.
Firman Allah taala : dan jangan sekelian kamu hampiri isteri2 kamu sehingga suci mereka itu isteri" surah al baqarah ayat 222.
Firman Allah taala: jangan kamu cukuri rambut2 kamu sehingga sampai binatang sembelihan itu akan tempatnya" surah al Baqarah ayat 196.
Firman Allah taala: " makan dan minumlah sekelian kamu sehingga nyata bagi kamun tali putih......." surah al baqarah ayat 187.

وَالْخَامِسُ : بَدَلُ الْبَعْضِ مِنَ الْكُلِّ : نَحْوَ : وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا [ آلِ عِمْرَانَ : 97 ] . 
Dan kelima iaitu badal sebahagian drpd sekelian.
Seperti firman Allah taala : dan bagi Allah wajib atas manusia iaitu mengerjakan Haji di baitillah, iaitu mereka yang kuasa kepadanya berjalan" surah Ali Emran ayat 97.
Jumlah ayat " mereka yang kuasa....." dinamakan badal sebahagian iaitu lafaznya drpd bafal sekelian iaitu kalimah manusia". Dinamakan mukhasis.

وَالْمُنْفَصِلُ : آيَةٌ أُخْرَى فِي مَحَلٍّ آخَرَ ، أَوْ حَدِيثٌ ، أَوْ إِجْمَاعٌ ، أَوْ قِيَاسٌ . 
Takhsis munfasil/bercerai: iaitu ayat lain pada tempat lain atau hadis atau ijmak atau kias.

وَمِنْ أَمْثِلَةِ مَا خُصَّ بِالْقُرْآنِ : قَوْلُهُ تَعَالَى : وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ [ الْبَقَرَةِ : 187 ] . خُصَّ بِقَوْلِهِ : إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ [ الْأَحْزَابِ : 49 ] ، وَبِقَوْلِهِ وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ [ الطَّلَاقِ : 4 ] . 
Dan setengah drpd contoh iaitu barang yang di takhsis dengan Alquran, firman Allah taala " dan perempuan2 yang di ceraikan  ialah menanti2 mereka itu dengan diri mereka itu selama tiga kali suci" surah albaqarah ayat 187, ditakhsiskan dia dengan firman Allah taala " apabila menikah sekelian kamu akan perempuan yang beriman kemudian mencerai sekelian kamu akan mereka itu drpd sebelum bahawa menyentuh mereka itu akan perempuan2 mereka itu maka tidak ada bagi kamu atas mereka itu perempuan drpd eddah" surah al Ahzab ayat 49 dan firman Allah taala " sekelian perempuan2 yang mengandung ialah tempuhan mereka itu bahawa melahirkan mereka itu perempuan" surah at Talak ayat 4.

وَقَوْلُهُ : حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ [ الْمَائِدَةِ : 3 ] . خُصَّ مِنَ الْمَيْتَةِ السَّمَكُ بِقَوْلِهِ : أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ [ الْمَائِدَةِ : 96 ] . وَمِنَ الدَّمِ الْجَامِدِ بِقَوْلِهِ أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا [ الْأَنْعَامِ : 145 ] . 
Dan firman Allah taala: " di haramkan atas kamu bangkai dan darah" (surah al Maidah ayat 3) yang di takhsiskan drpd bangkai ikan dengan firman Allah taala: " dihalalkan bagi kamu binatang pemburuan laut dan makanannya sebagai mata benda bagi kamu dan kenderaan" ( surah almaidah ayat 96) dan drpd darah yang beku  dengan firman Allah taala: " atau darah yang terpancar" ( surah al anam ayat 145).

وَقَوْلُهُ : وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا فَلَا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا [ النِّسَاءِ : 20 ] الْآيَةَ ، خُصَّ بِقَوْلِهِ تَعَالَى : فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ [ الْبَقَرَةِ : 229 ] . 
Dan firman Allah taala: dan datangi sekelian kamu akan salah seorang drpd mereka itu perempuan dengan sekarung drpd emas maka jangan mengambil sekelian kamu drpdnya sedikitpun" ( surah an Nisa ayat 20) yang ditakhsiskan dengan firman Allah Taala : " maka tiada menjafi kesalahan atas keduanya pada barang yang menebus ia dengan dia"( surah al baqarah ayat 229).

وَقَوْلُهُ : الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ [ النُّورِ : 2 ] خُصَّ بِقَوْلِهِ : فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ [ النِّسَاءِ : 25 ] . 
Dan firman Allah taala : perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka sebat oleh mu akan setiap satu drpd keduanya akan seratus sebatan" ( surah an nur ayat 25) di takhsiskan dengan firmannya: " maka atas mereka itu( hamba) separuh barang yang diwajibkan atas muhsanat drpd azab"(surah an nisa ayat 25).

وَقَوْلُهُ : فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ [ النِّسَاءِ : 3 ] خُصَّ بِقَوْلِهِ : حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ : الْآيَةَ [ النِّسَاءِ : 23 ] . 
Firman Allah Taala : maka menikahlah oleh sekelian kamu akan petempuan yang baik bagi kamu drpd mana2 perempuan" ( surah annisa ayat 3) di takhsiskan dengan firman Allah : " diharamkan atas kamu akan ibu2 kamu" ( surah an nisa ayat 23).

وَمِنْ أَمْثِلَةِ مَا خُصَّ بِالْحَدِيثِ : قَوْلُهُ تَعَالَى : وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ [ الْبَقَرَةِ : 275 ] . خُصَّ مِنْهُ الْبُيُوعُ الْفَاسِدَةُ - وَهِيَ كَثِيرَةٌ - بِالسُّنَّةِ .
Dan drpd misal/contoh barang yang ditakhsiskan alquran dengan hadis Nabi saw iaitu firman Allah taala: dan memperhalal Allah akan kamu akan berjual beli"(surah albaqarah ayat 275) ditakhsiskan drpdnya akan sekelian jual beli yang merosakan dan iaitu banyak dengan sunnah.

وَحَرَّمَ الرِّبَا [ الْبَقَرَةِ : 275 ] خُصَّ مِنْهُ الْعَرَايَا بِالسُّنَّةِ . 
"dan mengharam Allah akan Riba" ( surah albaqarah ayat 275) ditakhsiskan drpdnya akan jual araya dengan sunnah.

 وَآيَاتُ الْمَوَارِيثِ : خُصَّ مِنْهَا الْقَاتِلُ وَالْمُخَالِفُ فِي الدِّينِ بِالسُّنَّةِ . 
Dan beberapa ayat pembahagian pusaka yang ditaksiskan drpdnya akan pembunuh dan yang menyalahi pada agama dengan sunnah.

وَآيَةُ تَحْرِيمِ الْمَيْتَةِ : خُصَّ مِنْهَا الْجَرَادُ بِالسُّنَّةِ . 
Dan ayat pengharaman bangkai ditakhsiskan drpdnya akan belalang dengan sunnah.

وَآيَةُ : ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ [ الْبَقَرَةِ : 228 ] خُصَّ مِنْهَا الْأَمَةُ بِالسُّنَّةِ . 
Dan ayat " tiga kali suci". ( surah albaqarah ayat 228) ditakhsiskan drpdnya akan hamba perempuan dengan sunnah.

وَقَوْلُهُ : مَاءً طَهُورًا [ الْفُرْقَانِ : 48 ] خُصَّ مِنْهُ الْمُتَغَيِّرُ بِالسُّنَّةِ . 
Dan firman Allah taala: "Air yang Suci lagi menyucikan"( surah alfurqan ayat 48) ditakhsiskan drpdnya akan air yang berubah dengan sunnah.

وَقَوْلُهُ : وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا [ الْمَائِدَةِ : 38 ] خُصَّ مِنْهُ مَنْ سَرَقَ دُونَ رُبْعِ دِينَارٍ بِالسُّنَّةِ . 
Dan firman Allah Taala: dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka kerat oleh  sekelian kamu"(surah al maidah ayat 38) ditakhsiskan drpdnya " mereka yang mencuri kurang drpd 4 dinar" dengan sunnah.

وَمِنْ أَمْثِلَةِ مَا خُصَّ بِالْإِجْمَاعِ : آيَةُ الْمَوَارِيثِ ، خُصَّ مِنْهَا الرَّقِيقُ ، فَلَا يَرِثُ بِالْإِجْمَاعِ ، ذَكَرَهُ مَكِّيٌّ . 
Dan setengah drpd contoh/mithal barang yang ditakhsiskan dengan ijmak iaitu ayat pembahagian pusaka yang di takhsiskan drpdnya raqiq( hamba) maka tidak boleh menerima pusaka ia dengan jalan ijmak, menyebutkan dia oleh Makki.

وَمِنْ أَمْثِلَةِ مَا خُصَّ بِالْقِيَاسِ : آيَةُ الزِّنَا : فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ [ النُّورِ : 2 ] خُصَّ مِنْهَا الْعَبْدُ بِالْقِيَاسِ عَلَى الْأَمَةِ الْمَنْصُوصَةِ فِي قَوْلِهِ : فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ [ النِّسَاءِ : 25 ] الْمُخَصِّصِ لِعُمُومِ الْآيَةِ . ذَكَرَهُ مَكِّيٌّ - أَيْضًا - . 

Dan setengah contoh barang yang ditakhsiskan dengan kias iaitu ayat zina" maka rotan oleh sekelian kamu akam tiap2 satu drpd keduanya akan seratus sebatan" (surah annur ayat 2) yang ditaksiskan drpdnya akan hamba lelaki dengan jalan kias atas hamba perempuan yang dinaskan pada firman Allah taala : maka wajib atas mereka itu( hamba perempuan ) separuh barang yang wajib atas muhsinat drpd azab" surah an nisa ayat 25) yang ditakhsiskan dia bagi umum ayat. Menyebutkan dia oleh Makki juga.

Wallahuaalam.




































































Sent from my iPad

No comments:

Post a Comment