|
Friday, 16 August 2013
Check out Khotib's photos on Facebook.
Tuesday, 6 August 2013
Ilmu tafsir
بسم الله الرحمن الرحيم
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ ، تَبْصِرَةً لِأُولِي الْأَلْبَابِ ، وَأَوْدَعَهُ مِنْ فُنُونِ الْعُلُومِ وَالْحِكَمِ الْعَجَبَ الْعُجَابَ ، وَجَعَلَهُ أَجَلَّ الْكُتُبِ قَدْرًا ، وَأَغْزَرَهَا عِلْمًا ، وَأَعْذَبَهَا نَظْمًا وَأَبْلَغَهَا فِي الْخِطَابِ : قُرْءَانًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ وَلَا مَخْلُوقَ ، وَلَا شُبْهَةَ فِيهِ وَلَا ارْتِيَابَ
وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ رَبُّ الْأَرْبَابِ ، الَّذِي عَنَتْ لِقَيُّومِيَّتِهِ الْوُجُودُ ، وَخَضَعَتْ لِعَظَمَتِهِ الرِّقَابُ .
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ الْمَبْعُوثُ مِنْ أَكْرَمِ الشُّعُوبِ وَأَشْرَفِ الشِّعَابِ ، إِلَى خَيْرِ أُمَّةٍ بِأَفْضَلِ كِتَابٍ ، صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ الْأَنْجَابِ ، صَلَاةً وَسَلَامًا دَائِمَيْنِ إِلَى يَوْمِ الْمَآبِ .
Kemudian daripada itu… bahawa sa al quran kitab yang meluas isi kandungannya spt laut yang tak bertepi maka barang siapa yang hendak menghabisi ilmu di alamnya nescaya tak berkemampuan untuk mengharunginya sehingga mencapai tepi sekalipun dengan kesungguhan yang jitu setelah ia memahami firman Allah;
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا )الْإِسْرَاءِ : 85 (
Dan tidak Aku beri akan kamu daripada ilmu melainkan sedikit.
Disini kita boleh lihat bahawa alquran yang begitu luas isi kandungannya dan diberi sedikit ilmu oleh Allah maka:
Orang yang Alim Fekh mentafsirkannya dengan tuntutan fekah dan
Orang Alim ilmu Nahu mengambil alquran bagi membina kaedah-kaedah nahunya dan
Orang yang alim Ilmu bayan mengambil petunjuk daripadanya bagi menyusun aturan bahasa yang indah-indah.
Dan bermacam-macam lagi pendekatan yang di ambil bagi sekelian mereka yang melaut ilmunya bagi memahami isi alquran yang dinamakan tafsir;
Tafsir terbahagi kepada tiga:
1. Tafsir bil ma'thur
2. Tafsir bir Ra'yi
3. Tafsir as Sufi.
Tafsir dan Pembahagiannya:
TAFSIR:
Tafsir iaitu ilmu yang dapat kita kenali dengan dia faham akan kitab Allah yang di turunkan atas Nabi kita Muhammad saw dan keterangan bagi segala makna-maknanya dan termampu untuk mengeluarkan ahkam dan hikmah-hikmahnya.
Dan bantuan atas demikian itu boleh didapat yang antaranya melalui ilmu lughah dan Nahu dan tasrif dan ilmu bayan dan usul fekh dan qiraat dan berhajat juga bagi mengenali asbabun nuzul dan nasikh dan manshukh[1].
Atau Tafsir iaitu menentukan makna lafaz dengan perantaraan quran atau sunnah atau athar atau dengan perantaraan takhrij atas qawaid adabiah[2].
PEMBAHAGIAN TAFSIR;
1. Tafsir bil ma'thur lebih dikenali dengan empat (4) cara seperti dibawah:
a) Tafsir quran dengan quran seperti Firman Allah Taala:
Ditafsirkan dengan Firman Allah Taala surah Furqan ayat 26:
الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ لِلرَّحْمَنِ
Dan spt firman Allah:
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
Ditafsir dengan firman Allah dalam surah an Nisa' ayat 69-70:
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللَّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ عَلِيمًا
Dan seumpama dan banyak lagi…
b) Adapun Tafsir quran dengan Hadith Nabi saw seperti:
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Ditafsirkan dengan Hadith Nabi saw daripada Ali bin Abi Talib ra:
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الصِّرَاطُ الْمُسْتَقِيمُ كِتَابُ اللَّهِ
Dan seperti Firman Allah Taala:
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Ditafsirkan dengan hadith nabi saw yang me riwayatkan dia oleh Imam Tarmizi:
عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ ، قَالَ : سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَوْلِ اللَّهِ : غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ قَالَ : هُمُ الْيَهُودُ وَلَا الضَّالِّينَ قَالَ : النَّصَارَى هُمُ الضَّالُّونَ
Dan seumpamanya:
c) Adapun Tafsir quran dengan Ijtihad sahabat maka antaranya Firman Allah Taala:
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Ditafsirkan dengan perkataan Sahabat nabi saw:
ابْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ الْكِتَابُ الْقُرْآنُ ، لَا رَيْبَ فِيهِ لَا شَكَّ فِيهِ
Dan antaranya iaitu firman Allah:
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Ditafsirkan dengan perkataan sahabat:
عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّهُ قِيلَ لَهُ : مَنِ الْمُتَّقُونَ ؟ فَقَالَ : قَوْمٌ اتَّقَوُا الشِّرْكَ وَعِبَادَةَ الْأَوْثَانِ وَأَخْلَصُوا لِلَّهِ الْعِبَادَةَ .
d) Adapun Tafsir quran dengan Kalam Tabiin seperti Firman Allah Taala:
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Ditafsirkan dengan kalam Tabiin:
عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ ، عَنْ مُجَاهِدٍ : "ذَلِكَ الْكِتَابُ " قَالَ : هُوَ هَذَا الْكِتَابُ .
Antaranya iaitu firman Allah taala:
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Ditafsirkan dengan kalam Tabiin;
عَنِ الْحَسَنِ ، قَوْلُهُ : "لِلْمُتَّقِينَ " قَالَ : اتَّقَوْا مَا حُرِّمَ عَلَيْهِمْ ، وَأَدَّوْا مَا افْتُرِضَ عَلَيْهِمْ
Dan banyak lagi tafsiran yang kita boleh dapati dalam kutub tafsir dengan jalan Ma'thur yang mana ke semua di datangkan dengan tujuan menerang dan menjelaskan apa kehendak Allah dengan ayat2 yang di hantar dalam kitab yang Mulia iaitu al quran.