Monday, 30 July 2012

Tazkirah Sahur pagi Khamis..

Tazkirah Sahur pagi Khamis..
Jangan lupa nak makan tuh kena baca 
بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah:
يايها الذين امنوا كتب عليكم الصيام

Terjemahan: Wahai orang2 yang dah buat kerja Iman, di wajibkan atas kamu akan Puasa......
Munasabah Ayat bagi ayat sebelumnya bahawa mengkhobar Allah taala: 

يايها الذين امنوا كتب عليكم القصاص
mula2 dengan kewajiban Qisas( bunuh Balas )  yang iaitulah membinasakan diri dan iaitu setengah drpd taklif yang sangat berat, maka wajib atas yang membunuh menyerahkan dirinya bagi di bunuh,
Kemudian mengkhobar Allah kali keduanya dengan kewajiban wasiat dan iaitu mengeluarkan harta yang ianya menenangkan ruh spt firmannya:
يايها الذين امنوا كتب عليكم الوصية
Kemudian berpindah suruhan yang ketiga kepada kewajiban piasa yang iaitu membinasakan diri dan melemahkan diri yang mana ianya yang menegah dan yang memutuskan barang yang mengambil kesedapan akan dia oleh Manusia drpd makanan di siang hari.
Maka memula Allah akan suruhannya dengan yang sangat payah kemudian dengan yang sangat payah dan kemudian yang payah, maka ini kepayahan yang tiga nih, iaitu perpindahan pada barang yang telah memfardhukan dia oleh Allah atas hambanya  dalam ini ayat.
Dan bila kita kihat dan perhatikan betul2, sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita akan beberapa rukun islam yang tiga iaitu satunya Iman dan keduanya Solat dan ketiganya Zakat dan mendatang Allah akan rukun yang keempatnya Puasa.

Ketiga2( kisas, wasiat dan puasa) kewajiban yang memayahkan hambanya  ini di datangkan dengan bacaan bina Maful atau dinamakan juga bina Majhul yang dihazafkan fael iaitu Allah kerana kita maklum yang menyuruh dengan perkara tadi tuh tidak lain iaitu Allah. Kerana bahawa yang payah lagi pulak yang susah atas mukallaf maka munasabah bahawa di bangsakan ianya kepada Allah dan sekalipun adalah Allah ialah yang mewajibkan dia,
Baik.... Bila adalah yang diwajibkan atas Hamba itu ada kandungan rehat, tenang dan menyeronokkan dia di baca ayat dengan bina maaruf iaitu kataba spt mana firman Allah: 
كتب ربكم علي نفسه الرحمة
Telah mewajib oleh Tuhan Kamu atas dirinya Rahmat.
اولئك كتب فى قلوبهم الايمان
Sekelian mereka itu telah mewajib Allah dalam hati mereka itu iman.

Wallahuaalam.. Setakat tuh dulu, jangan makan bebanyak sangat waktu sahur nih nanti muntah laknya... He he he




Sent from my iPad

No comments:

Post a Comment