Sunday 2 September 2012

النَّوْعُ الْخَامِسُ وَالْأَرْبَعُونَ فِي عَامِّهِ وَخَاصِّهِ

الاتقان للسيوطى

بسم الله الرحمن الرحيم

 

مسألة: 

النَّوْعُ الْخَامِسُ وَالْأَرْبَعُونَ 

 

فِي عَامِّهِ وَخَاصِّهِ 

Bahagian ke 45 pada menyatakan ayat yang umum dan yang khususnya.

 

الْعَامُّ : لَفْظٌ يَسْتَغْرِقُ الصَّالِحَ لَهُ مِنْ غَيْرِ حَصْرٍ . 

Lafaz umum iaitu lafaz yang menghabisi ia akan yang patut baginya drpd ketiadaan sakatan.

 

وَصِيغَتُهُ : ( كُلُّ ) مُبْتَدَأَةٌ ، نَحْوَ : كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ [ الرَّحْمَنِ : 26 ] أَوْ تَابِعَةٌ ، نَحْوَ : فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ [ الْحِجْرِ : 30 ] . 

Dan sighah/lafaznya iaitu 

Pertamanya: kullu/sekelian/segala/semua yang dibuat mulakan cakapan seperti firman Allah : " sekelian mereka iaitu wajib atasnya binasa".

 Surah ar Rahman ayat 26. 

Atau yang mengikut, seperti firman Allah taala: " maka sujud oleh malaikat sekelian mereka itu sekelian mereka itu". Surah Al Hijr ayat 30.

 

وَ ( الَّذِي وَالَّتِي ) وَتَثْنِيَتُهُمَا وَجَمْعُهُمَا ، نَحْوَ : وَالَّذِي قَالَ لِوَالِدَيْهِ أُفٍّ لَكُمَا [ الْأَحْقَافِ : 17 ] . فَإِنَّ الْمُرَادَ بِهِ كُلُّ مَنْ صَدَرَ مِنْهُ هَذَا الْقَوْلُ ، بِدَلِيلِ قَوْلِهِ بَعْدَ : أُولَئِكَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ [ الْأَحْقَافِ : 18 ] . وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ [ الْبَقَرَةِ : 82 ] . لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَى وَزِيَادَةٌ [ يُونُسَ : 26 ] . لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ [ آلِ عِمْرَانَ : 15 ] . وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ [ الطَّلَاقِ : 4 ] . الْآيَةَ وَاللَّاتِي يَأْتِينَ الْفَاحِشَةَ مِنْ نِسَائِكُمْ فَاسْتَشْهِدُوا [ النِّسَاءِ : 15 ] الْآيَةَ . وَاللَّذَانِ يَأْتِيَانِهَا مِنْكُمْ فَآذُوهُمَا [ النِّسَاءِ : 16 ] . 

keduanya: mereka2 lelaki/mereka2 perempuan dan kalimah penduanya bagi kedua2nya dan kalimah ramai bagi kedua2nya:

seperti firman Allah taala: " dan mereka2 yang berkata bagi kedua ibubapanya akan lafaz Uff/ ah bosanlah kamu berdua". Al Ahqaf ayat 17.

Maka di kehendaki dengan dia itu iaitu sekelian mereka yang keluar drpdnya akan ini perkataan, dengan berdalilkan:

firman Allah taala kemudian: " mereka itulah orang2 yang sudah tetap menerima azab " ahqaf ayat 18. 

Dan firman Allah : Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (82).

Dan Firman Allah : Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia. Surah Yunus ayat 26.

Dan Firman Allah : Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga. Ali Imran ayat 15.

Dan firman Allah: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid. Surah At talaq ayat 4.

Dan Firman Alla : Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi. Surah an nisa ayat 15.

Dan Firman Allah: Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; surah an Nisa ayat 16.

 

 

( وَأَيُّ ، وَمَا ، وَمَنْ ) : شَرْطًا وَاسْتِفْهَامًا وَمَوْصُولًا ، نَحْوَ : أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى [ الْإِسْرَاءِ : 110 ] . إِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ [ الْأَنْبِيَاءِ : 98 ] . مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ [ النِّسَاءِ : 123 ] . 

Ketiganya : lafaz mana2, apa2 dan siapa2 sama ada setiap satu kalimah tersebut menjadi syarat atau istifham atau Mausul.

Seperti firman Allah Taala: yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia. Surah Al Isra ayat 110.

Dan Firman Alla Taala: Sesungguhnya kamu dan apa2 yang kamu sembah, yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilemparkan ke dalam Neraka Jahanam. Surah al Anbiya ayat 98.

Dan Firman allah taala: Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia akan dibalas dengan kejahatan itu. surah an Nisa ayat 123.

 

 

وَ ( الْجَمْعُ الْمُضَافُ ) نَحْوَ : يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ [ النِّسَاءِ : 11 ] . 

Dan lafaz ramai yang disandarkan sepeti firman Allah taala: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu

Surah an Nisa ayat 11

 

وَ ( الْمُعَرَّفُ بِأَلْ ) نَحْوَ : قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ [ الْمُؤْمِنُونَ : 1 ] فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ [ التَّوْبَةِ : 5 ] . 

Dan lafaz yang dibuat marifah dengan huruf alif dan lam.

Seperti firman allah taala: sesungguhnya dapat kemenangan oleh sekelian orang yang beriman. Surah al Mukminun ayat 1.

Dan firman Allah taala: maka bunuh sekelian kamu akan sekelian yang musyrikin. Surah at taubah ayat 5.

Huruf alif dan Lam yang ada di lafaz al Mukminun dan al Musyrikun member faham makna umum.

 

وَ ( اسْمُ الْجِنْسِ الْمُضَافُ ) نَحْوَ : فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ [ النُّورِ : 63 ] أَيْ : كُلِّ أَمْرِ اللَّهِ . 

Dan isim jenis yang disandarkan seperti Firman Allah Taala: hendaklah beringat serta berjaga-jaga oleh mereka yang mengingkari perintahnya. surah an Nur ayat 63.

Iaitu drpd sekelian suruhan Allah

No comments:

Post a Comment